Terbongkar...

 

"Rahsia Seorang Pekerja Makan Gaji Sepenuh Masa Menjana Keuntungan
4 - 5 Angka Sebulan Secara Part-Time Sambil Berehat Menonton TV di Rumah!"


Pendedahan eksklusif seorang pekerja makan gaji sepenuh masa
menjana keuntungan 4 - 5 angka sebulan dengan menggunakan
kuasa internet tanpa langsung perlu keluar dari rumah!

 

 

Dari: Eruwan Gerry Norsen
          Usahawan Makan Gaji

 

Wahai Bakal Usahawan Makan Gaji Berjaya,

Adakah anda berada di dalam golongan berikut:

  • Merupakan seorang pekerja kerajaan atau pekerja swasta yang masih berkerja makan gaji sepenuh masa tetapi ingin menjana duit poket lebih melalui internet?
     

  • Sudah berbulan-bulan cuba menjana pendapatan melalui internet tetapi keuntungan bulanan masih kurang daripada RM100?
     

  • Bermula setiap pertengahan bulan, anda perlu mengikat perut untuk menjimat wang gaji kerana takut tak cukup untuk menampung keperluan anda sehingga hujung bulan sebelum masuk gaji?
     

  • Perlu melihat menu makanan terlebih dahulu untuk melihat harga makanan sebelum makan di sesuatu restoran atau kedai makan kerana takut terlebih bajet makan luar?
     

  • Selalu memberikan alasan "takde duit" apabila isteri atau suami dan anak-anak anda mengajak keluar untuk berhibur atau untuk membeli sesuatu barang?
     

  • Memiliki jumlah hutang rumah, kereta dan pinjaman pelajaran yang "bertimbun" dan anda tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada masalah hutang tersebut?
     

  • Merupakan seorang pelajar pengajian tinggi yang akan tamat pengajian tidak lama lagi dan akan memasuki alam pekerjaan tetapi tidak mahu hanya bergantung kepada gaji bulanan anda yang mungkin tidak seberapa untuk menampung kehidupan seharian anda?

 

Jika anda menjawab "Ya" kepada satu atau lebih daripada persoalan di atas, maka saya berada di sini untuk membantu anda keluar daripada masalah yang anda hadapi sekarang...

 

         
   

PERCUMA Untuk Anda!

 

Video Panduan -
Pengurusan Masa Usahawan Makan Gaji
(bernilai RM67)

Masukkan nama dan alamat email anda di bawah:

   
   

Borang Pendaftaran

   
   
 
Nama:
Email:
 

 

   
    Nota Penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak. Anda mempunyai hak untuk berhenti melanggan pada bila-bila masa!
 
   
         

 

 

Kisah Sedih Saya...

 

Mungkin anda belum pernah lagi mengenali diri saya sebelum ini... Tidak mengapa, saya tak salahkan diri anda...

Ianya mungkin disebabkan diri saya sendiri yang agak malu untuk berkongsi kisah hidup saya dengan orang lain yang membuatkan saya tidak dikenali ramai...

Biar saya bermula dari awal...

Kisah saya bermula 10 tahun yang lalu sewaktu saya baru saja tamat pengajian tinggi di salah satu universiti tempatan di Malaysia.

Alhamdulillah, sebaik saja tamat pengajian, saya telah mendapat pekerjaan sebagai seorang jurutera dengan sebuah syarikat tempatan.

Semasa masih menuntut di institusi pengajian tinggi, saya sudah bercinta "bagai nak rak" dengan "buah hati" saya yang turut menuntut di universiti yang sama. Akhirnya, 2 bulan selepas kami berdua tamat pengajian dan masing-masing sudah mendapat pekerjaan, kami pun telah melangsungkan perkahwinan.

Sebenarnya saya ingatkan mudah untuk menjadi seorang ketua keluarga dan menguruskan rumahtangga. Tetapi hakikat sebenarnya amat mencabar, lebih-lebih lagi dari segi kewangan memandangkan kami berdua suami isteri baru saja tamat pengajian dan mula berkerja. Hutang pelajaran masih banyak dan pengurusan rumahtangga memerlukan wang yang banyak...

Walaupun kami berdua suami isteri berkerja sebagai seorang jurutera, namun di penghujung setiap bulan pasti sumber kewangan kami tidak mencukupi...

Saya masih ingat lagi terpaksa meminjam wang daripada isteri kerana "bekalan" wang untuk kegunaan saya sendiri tidak mencukupi. Keadaan ini berlarutan sehingga beberapa bulan.

Saya tak tahu jika anda pernah mengalami masalah yang sama seperti yang saya hadapi ini tetapi terus-terang saya katakan yang saya amat malu kerana terpaksa meminjam wang daripada isteri saya. Sebagai ketua keluarga, sepatutnya menjadi tanggungjawab saya untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi untuk keluarga... Dalam Islam juga ditegaskan bahawa si suami yang bertanggungjawab untuk memberikan sumber kewangan yang mencukupi untuk keluarga. Si isteri cuma boleh membantu sedikit sebanyak sekiranya dia ingin membantu...

Setelah beberapa bulan melalui kitaran masalah kewangan yang sama, saya akhirnya sedar yang keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh kekurangan diri saya sendiri...

Apabila saya melihat semula kehidupan saya semenjak dari kecil, saya telah dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapa saya seperti "menantang minyak yang penuh". Apa saja yang saya inginkan pasti diberikan oleh kedua-dua ibu bapa saya. Jarang saya mendengar perkataan "tidak boleh" daripada mereka. Apa yang saya inginkan seperti wang atau barangan lain, pasti ditunaikan oleh mereka.

Saya tahu masalah kewangan yang saya hadapi apabila dewasa itu bukan disebabkan oleh kedua-dua ibu bapa saya. Saya faham bahawa mereka cuba memberikan segalanya yang terbaik untuk anak-anak mereka kerana mereka merupakan orang yang susah sewaktu mereka kecil dahulu. Mereka cuma ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka berbanding apa yang pernah mereka lalui dahulu.

Cabaran utama bagi saya adalah, memandangkan semenjak kecil saya sering mendapat apa yang saya inginkan, saya tidak pandai menguruskan kewangan kerana saya tahu apabila perlukan wang, saya boleh terus meminta dengan ibu bapa saya. Jadi saya tidak mempunyai kesedaran untuk menyimpan wang. Buat apa nak belajar simpan wang kalau kita boleh mintak je dengan orang lain...

Keadaan ini berlarutan sehingga saya dewasa, sehingga masuk universiti, sehingga mula berkerja dan akhirnya berkahwin...

Masalah kekurangan kesedaran dan pengetahuan untuk menguruskan kewanganlah yang menjadi punca utama saya menghadapi masalah kewangan setelah memasuki alam pekerjaan...

Setelah berbulan-bulan menghadapi masalah kewangan yang sama semenjak mula berkerja, saya telah bertekad kepada diri saya untuk keluar dari belenggu masalah kewangan ini. Sudah tiba masanya untuk saya mula belajar cara betul untuk menguruskan kewangan saya dan keluarga saya...

 

 

TESTIMONIAL

Kini Tiada Lagi Alasan...!

Syabas Usahawan Makan Gaji! Nampaknya kini tiada lagi alasan untuk melakukan perniagaan secara sambilan. Bimbingan yang cukup jelas, padat dan berbaloi dimiliki. Pastinya selepas ini akan lahir lebih ramai usahawan-usahawan sukses. Tahniah atas pendedahan produk berkualiti ini.

 

Razif Yusof
Usahawan Internet
www.UsahawanInternet.my

 

 

Saya Mahu Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

 

Permulaan Usahawan Makan Gaji...

 

Saya telah bermula dengan membeli dan membaca buku-buku kewangan hasil karya penulis dalam dan luar negara.

Di antara buku-buku yang telah memberikan impak yang ketara kepada pengetahuan kewangan saya adalah buku The Millionaire In Me karya Pakar Kewangan #1 Malaysia iaitu Azizi Ali dan buku Rich Dad, Poor Dad karya Pakar Kewangan #1 Dunia iaitu Robert T. Kiyosaki. Setelah membaca kedua-dua buku ini, minda saya pun terbuka untuk menguruskan kewangan saya dengan lebih baik dan mencari sumber kewangan tambahan buat diri dan keluarga saya agar kami dapat mencapai segala impian kewangan kami...

Alhamdulillah, setelah mendapat pengetahuan yang sewajarnya melalui pembacaan buku, saya telah dapat menguruskan hal-hal kewangan untuk keluarga kami. Cuma masalah utama yang kami hadapi pada masa itu adalah - gaji bulanan kami cuma cukup-cukup untuk menampung belanja bulanan kami saja. Amat sedikit wang lebihan untuk simpanan atau untuk berhibur pada setiap bulan.

Setelah itu, saya mula berusaha mencari cara untuk menjana pendapatan lebih pada setiap bulan.

Pada masa itu, saya mendapat pelawaan daripada seorang rakan untuk menyertai Network Marketing atau nama glamernya MLM. Saya terpesona dengan kemungkinan untuk menjana keuntungan melalui MLM yang tidak terhingga dengan menggunakan sistem promosi yang telah disediakan oleh syarikat MLM tersebut.

Setelah tahu sedikit sebanyak selok belok mengenai cara mempromosi produk-produk syarikat MLM tersebut, saya telah mula bertindak. Pada setiap hari selepas waktu berkerja, saya pasti sibuk berjumpa dengan prospek untuk menjaja produk-produk syarikat MLM yang saya sertai itu. Pendek kata, pada setiap malam saya akan balik lewat malam di dalam usaha mencari prospek dan mendapat pembelian.

Setelah beberapa bulan berkecimpung di dalam bidang MLM, saya telah mampu mencapai pendapatan sampingan bulanan ribuan Ringgit dan telah dinaikkan pangkat kepada Manager di dalam syarikat MLM tersebut. Setelah mencapai status itu, saya mendapati yang saya perlu meluangkan lebih banyak masa di luar rumah dan cuma dapat balik ke rumah pada waktu awal pagi. Kebanyakkan masa saya terpaksa dihabiskan untuk menyertai talk, menyertai promosi, berjumpa prospek dan pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan syarikat MLM tersebut.

Setelah melalui kitaran tersebut selama beberapa bulan, saya mula terfikir tentang halatuju kehidupan saya. Pada awal pengembaraan saya untuk mencari cara menjana pendapatan tambahan pada setiap bulan, saya mahukan satu cara yang mudah dan tidak perlu mengambil banyak masa saya. Tetapi kini dengan menyertai MLM, saya terpaksa melakukan 2 kerja sepenuh masa iaitu pada waktu siang hari di pejabat dan pada waktu malam untuk syarikat MLM tersebut. Ini membuatkan saya sentiasa letih dan tidak cukup tidur pada setiap hari.

Akhirnya saya telah memutuskan untuk berhenti daripada MLM dan mencari cara lain untuk menjana wang sampingan.

Jawapan yang saya cari-cari muncul setelah saya membeli dan membaca satu buku iaitu How To Use The Internet To Earn US Dollars In Your Pajamas karya pakar internet tempatan iaitu Sen Ze.

Melalui buku tersebut, saya telah mempelajari rahsia kekuatan internet untuk memudahkan kita menjana wang tanpa henti 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa perlu keluar dari rumah langsung!

Selepas membaca buku tersebut, saya telah memulakan pengembaraan baru saya di dalam dunia bisnes internet...

 

 

TESTIMONIAL

Sebagai seorang guru tuisyen dan seorang internet marketer saya melihat buku Usahawan Makan Gaji ini sebagai satu panduan yang sangat hebat!

Ia mengingatkan saya kepada pembabitan awal saya dalam perniagaan internet kerana di waktu itu sukar untuk jumpa panduan yang sebegini rupa dan kadangkala saya perlu keluarkan beribu RM untuk pelajari apa yang telah saudara Eruwan Gerry kongsikan dalam panduan beliau.

Bagi saya panduan ini akan mengajar anda tentang teknik buat income dengan cara yang pantas! Dalam buku ini juga saudara Eruwan Gerry mendedahkan RAHSIA-RAHSIA yang memang boleh membantu anda menghasilkan pendapatan mudah! Saya sendiri teruja bila menonton kesemua video bonus yang diberikan. Penerangannya juga disusun STEP BY STEP bagi memudahkan pemahaman orang baru yang baru hendak berkecimpung dalam dunia perniagaan internet.

Panduan Usahawan Makan Gaji ini memang antara panduan yang lengkap pernah saya temui. Kini ianya bukan mustahil lagi untuk anda jana pendapatan RM4-5 angka dari panduan yang ditunjukkan ini.

Terima kasih Eruwan Gerry

 

Cikgu Hafis
Usahawan Internet
www.IMFlippa2.com

 

 

 

Kejayaan Usahawan Makan Gaji...

 

Berdasarkan kajian saya, terdapat 1001 cara untuk menjana wang melalui internet. Daripada kesemua cara tersebut, ianya boleh dikategorikan kepada beberapa model bisnes internet utama.

Setelah membuat kajian yang sewajarnya, saya akhirnya telah memilih untuk memulakan bisnes internet saya berdasarkan model bisnes internet jenis lelongan online. Oleh itu, bermulalah pengembaraan saya di dalam dunia bisnes internet di portal Lelong dan juga eBay. Alhamdulillah saya telah berjaya mencapai kejayaan yang hebat di dalam model bisnes internet jenis lelongan online.

Setelah mampu mencapai pendapatan yang stabil melalui lelongan online, saya telah mula menumpukan usaha saya di dalam mengembangkan bisnes internet saya kepada pelbagai model lain.

Alhamdulillah, usaha dan tumpuan saya di dalam kesemua model bisnes internet lain yang saya ceburi tidak sia-sia dan telah membuahkan hasil yang lumayan untuk diri saya.

Kini sudah 10 tahun saya "bergelumang" di dalam dunia bisnes internet dan telah menimba pelbagai pengetahuan serta memperolehi pelbagai pengalaman pahit dan manis yang telah mendewasakan saya sehingga boleh bergelar di antara Pakar Bisnes Internet di Malaysia!

Sekarang saya sudah mampu menjana pendapatan tambahan 4 - 5 Angka sebulan selain daripada "makan gaji" sebagai pekerja tetap sepenuh masa.

Berikut adalah screen-shot beberapa akaun pendapatan bisnes internet saya:

 

... dan banyak lagi bukti lain yang tidak sempat saya kongsikan di sini.

 

 

TESTIMONIAL

Produk ini adalah produk yang patut anda miliki jika anda ingin bekerja dan dalam masa yang sama menghasilkan pendapatan di internet.

Eruwan Gerry merupakan seorang usahawan makan gaji yang memiliki pengalaman luas dalam membina perniagaan sambil bekerja.

Saya mengesyorkan anda untuk dapatkan produk ini!

 

Ammar Zahar
Usahawan Internet & Pengasas Jootawan
www.Jootawan.my

 

 

Saya Mahu Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

 

Menjadi Pakar Bisnes Internet

 

Disebabkan rezeki yang melimpah-ruah yang diberikan oleh Allah S.W.T melalui bisnes internet, saya juga telah semakin dikenali ramai di kalangan komuniti Usahawan Internet Malaysia.

Sehingga kini, saya sering mendapat jemputan untuk memberikan ceramah atau talk kepada orang lain yang ingin mencapai kejayaan di dalam dunia bisnes internet.

Berikut adalah beberapa gambar kenangan daripada album saya:

Speaker di Konvensyen Pakar Bisnes Internet 2012

 

IM Icon di WangCyber Gathering 2012

 

Speaker di Konvensyen Keusahawanan anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang dihadiri 1000 peserta

 

Speaker di Wealth Summit anjuran syarikat Mentor Jutawan - Azizi Ali

 

Speaker di Konvensyen Keusahawanan TEKNOPUTRA anjuran MARA, INSKEN dan Universiti KL yang dihadiri 300 peserta

 

Pelancaran buku di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

 

Penceramah untuk pihak eBay South East Asia di Ceramah "Empowering Business Through E-Commerce on eBay" di Bangunan MATRADE dengan 300 peserta usahawan perniagaan kecil dan sederhana Malaysia.

 

Penceramah jemputan untuk Biz Talk kepada pelajar-pelajar
Master in Business Administration di UiTM

 

Saya bersama Jutawan Internet Malaysia - Patric Chan

 

Saya bersama Pakar Motivasi Negara - Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah

 

Saya bersama Pendakwah & Pengasas Majalah Solusi - Ustaz Zahazan Mohamed

 

Saya bersama Jutawan Dari Singapura - Abg Abu a.k.a "Mekanik Wang"

 

Saya bersama pengasas Portal Lelong - En. Richard Tan

 

Saya bersama penulis & pengasas Konsep "Berani Gagal" - En. Billi Lim

 

Saya bersama Pakar Motivasi - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

 

Saya bersama Jutawan dan Pengasas Millionaire MindPower - Prof. Dato' Dr. Ibrahim Ahmad

 

Saya bersama Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) - Gero Azrul

 

Saya bersama Usahawan Internet & Pengasas Portal WangCyber -
Mohd Shhaimy Abu Bakar a.k.a. Shuth

 

Saya juga pernah muncul di kaca televisyen untuk berkongsi mengenai kepakaran saya...

 

Saya juga sudah berjaya menghasilkan 4 buah buku fizikal mengenai perniagaan internet yang telah "meletup" di pasaran Malaysia...

 

Saya juga merupakan seorang penulis jemputan untuk majalah online komuniti usahawan internet #1 di Malaysia iaitu Majalah Niaga pada setiap bulan:

 

Kepakaran saya juga diiktiraf oleh Pakar Kewangan #1 Malaysia iaitu Azizi Ali kerana beliau telah menemuramah saya untuk dimuatkan di dalam buku beliau iaitu Jalan Pintas Kekayaan.

 

Pendek kata, saya berjaya mencapai semua kejayaan ini dan mampu mencapai pengiktirafan daripada pelbagai pihak disebabkan saya benar-benar pakar di dalam bisnes internet dan tahu strategi terbaik untuk menjana wang dengan mudah dan pantas melaluinya!

 

 

TESTIMONIAL

Apa yang didedahkan di dalam buku Usahawan Makan Gaji ini adalah strategi & kaedah sama yang telah saya gunakan sejak daripada dulu lagi sehingga menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara konsisten.

Jika anda masih lagi bekerja makan gaji tetapi berminat untuk menjalankan perniagaan secara part time, saya amat yakin pakej panduan ini amat sesuai untuk anda, kerana ia mendedahkan kaedah yang terbukti berkesan untuk anda menjana pendapatan sampingan yang lumayan!"

 

Rahman Basri
Pakar Email Marketing
www.InboxCash.my

 

 

Saya Mahu Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

 

Bebas Dari Menjadi "Hamba Wang"

 

Apa yang penting buat diri dan keluarga saya bukanlah "glamer" yang telah saya perolehi sebagai seorang pakar bisnes internet tetapi adalah kebebasan diri dan keluarga saya dari menjadi "hamba wang".

Terus terang saya katakan diri saya sekarang berbanding 10 tahun lalu adalah amat ketara perbezaannya...

Saya bukan lagi seseorang yang terpaksa malu-malu meminjam wang daripada isteri saya seperti dulu tetapi kini sayalah yang mampu menjana wang untuk keluarga saya melalui internet pada bila-bila masa kami memerlukannya...

 

Saya sudah tidak perlu memeriksa baki wang di dalam akaun simpanan pada setiap pertengahan bulan untuk memeriksa samaada baki simpanan saya mencukupi atau tidak untuk sampai ke penghujung bulan tersebut...

 

Saya sudah boleh membawa keluarga saya untuk menginap di mana-mana hotel terkemuka untuk bersantai walaupun sewa bilik hotel tersebut berharga ratusan Ringgit untuk satu malam...

 

Saya sudah tidak perlu melihat menu di luar mana-mana restoran terkemuka untuk memeriksa harga setiap makanan dan membandingkan dengan baki wang yang ada di dalam dompet saya sebelum masuk ke dalam kedai...

 

Saya sudah boleh membeli apa-apa barangan dan gadjet untuk kegunaan diri dan keluarga saya tanpa perlu "mengusik" langsung wang gaji saya sebagai seorang pekerja sepenuh masa...

 

Kepuasan paling utama yang telah saya perolehi setelah menjalankan bisnes internet adalah pada 3 tahun lalu, isteri saya boleh berhenti kerja daripada pekerjaan sepenuh masa beliau sebagai seorang jurutera senior. Alhamdulillah, kami telah dapat membuktikan bahawa isteri saya tidak perlu bekerja sepenuh masa lagi dan saya sudah mampu memberikan sumber kewangan yang mencukupi untuk keluarga kami.

Kami sudah tidak perlu menyerahkan anak-anak kami kepada "bibik" atau pengasuh untuk dijaga sepanjang hari. Kini anak-anak kami boleh mendapat penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya daripada isteri saya dan dapat merasakan masakan "air tangan" mak mereka sendiri...

Alhamdulillah, Allah S.W.T sudah melapangkan rezeki buat diri dan keluarga saya dan saya yakin anda juga boleh mencapai kedudukan seperti ini Insya-Allah.

 

Strategi Usahawan Makan Gaji

 

Saya sentiasa mendapat pertanyaan ini - "Kenapa tak berhenti kerja kalau sudah mampu menjana 4 -5 angka sebulan melalui internet?"

Saya akan memberikan jawapan bahawa "Mentor Jutawan saya tidak perlu berhenti kerja untuk menjadi jutawan. Jadi kenapa perlu saya berhenti?"

Malah jika kita kekal berkerja sambil menjana pendapatan tambahan melalui sumber lain, maka akan lebih pantas kita mencapai tahap jutawan.

Mentor Jutawan yang saya maksudkan ini adalah Pakar Kewangan #1 Malaysia iaitu Azizi Ali.

 

Terus terang saya katakan, berbanding semua buku kewangan yang pernah saya baca dan pakar-pakar kewangan yang saya kenali, saya akan katakan bahawa beliau menduduki tempat teratas di dalam senarai saya.

Apa yang hebat mengenai kisah kejayaan beliau adalah beliau telah mencapai tahap jutawan walaupun masih berkerja sepenuh masa!

Apa yang lebih hebat, beliau masih lagi berkerja sepenuh masa sehingga kini walaupun sudah mencapai tahap jutawan-berganda (multi-millionaire) melalui bisnes dan pelaburan beliau!

Beliau merupakan idola saya dan mengukuhkan pegangan saya bahawa kita tidak perlu berhenti kerja untuk mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan internet.

Beliau telah mampu mencapai tahap jutawan dengan menguruskan bisnes konvensional dan bukannya bisnes internet. Saya amat yakin dengan menggunakan kuasa internet, kita boleh mencapai tahap jutawan seperti beliau dengan lebih pantas...

Bisnes internet amat berbeza dari bisnes konvensional. Di dalam bisnes konvensional, jika anda tidak buka kedai, maka tiada keuntungan untuk hari tersebut. Di dalam bisnes internet, anda boleh menjana wang 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa perlu anda berkerja "di dalam" bisnes tersebut. Hampir kesemuanya boleh anda otomasikan dengan menggunakan pelbagai teknologi internet yang wujud pada masa kini.

Oleh itu, jangan jadikan alasan anda masih lagi berkerja, oleh itu anda tidak boleh berjaya dan menjana pendapatan tambahan.

Jika Azizi Ali boleh melakukannya dan saya boleh melakukannya, saya yakin yang anda juga BOLEH melakukannya!

Anda cuma perlu belajar cara terbaik untuk melakukannya melalui internet... dan itulah tugas saya untuk membantu anda.

 

 

TESTIMONIAL

Satu buku antara terbaik tahun ini yang boleh saya katakan untuk buku terbaru tuan Eruwan Gerry.

Anda tidak akan rugi dengan pelaburan yang dibuat sebab saya sendiri walaupun sudah full time buat bisnes online, masih ada juga yang tidak tahu dan buku ini memberikan saya panduan.

Syabas Eruwan Gerry!

Sepatutnya buku ini telah keluar awal semasa saya masih bekerja makan gaji, sebab pakej ini sangat membantu dan saya sangat menggalakkan anda yang masih bekerja makan gaji tapi inginkan sumber pendapatan sampingan, dapatkan buku ini sekarang.

Saya sangat teruja dengan kandungan bagi bab Strategi Jutawan Usahawan Makan Gaji. Terbaaaiikkkk!!

Saya pasti pembelian anda berbaloi. Saya jamin 100%.

Sekali lagi, tahniah bro!

 

Mazlie Nadzri
Pakar Merealisasikan Perniagaan Internet Anda
www.MazlieNadzri.com

 

 

Saya Mahu Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

 

Buku Usahawan Makan Gaji

 

Berbekalkan niat saya untuk membantu lebih ramai pekerja kerajaan mahupun swasta dan bakal graduan yang akan memulakan alam pekerjaan mereka tidak lama lagi untuk mencapai tahap Usahawan Makan Gaji, saya telah menghasilkan buku fizikal Usahawan Makan Gaji.

Buku hebat ini telah saya muatkan dengan pelbagai rahsia bagaimana untuk mencapai kejayaan sebagai seorang Usahawan Makan Gaji.

Saya akan kongsikan 2 Model Bisnes Internet yang pasti akan dapat membantu anda untuk menjana wang melalui internet dengan mudah dan pantas iaitu melalui Model Bisnes Internet Affiliate dan juga melalui Model Bisnes Internet Produk Digital!

Kedua-dua model bisnes internet ini telah saya pilih setelah menilai pelbagai strategi penjanaan wang melalui internet yang utama. Kriteria pemilihan saya adalah ianya perlu MUDAH untuk anda pelajari dan ianya juga perlu PANTAS untuk anda lakukan. Saya hanya memilih strategi yang "pasti berjaya" berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya dan ianya juga perlu memudahkan diri anda sebagai seorang usahawan internet yang baru.

Tiada gunanya jika kita boleh menjana beribu-ribu Ringgit melalui satu model bisnes internet tetapi kita perlu mengambil masa terlalu lama iaitu berbulan-bulan sehingga setahun untuk mempelajarinya...

Saya mahukan strategi yang boleh memberikan HASIL yang PANTAS untuk membantu menjana pendapatan tambahan yang anda perlukan itu. Bukan bulan depan, bukan tahun depan - tetapi SEKARANG!

 

 

Buku Usahawan Makan Gaji ini terdiri daripada 9 Bab mantap yang dapat membantu anda untuk mencapai kejayaan sebagai seorang Usahawan Makan Gaji.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai kandungan buku ini:

 

 

Bab #1 - Pengenalan

Bab ini akan memberikan pengenalan kepada anda tentang konsep keseluruhan buku Usahawan Makan Gaji. Saya akan berikan penerangan tentang kandungan pakej ini dan bagaimana setiap bab akan saling berkait di antara satu dengan yang lain.

 

 

 

Bab #2 - Strategi Usahawan Makan Gaji

Bab ini akan menjelaskan kekuatan Strategi Usahawan Makan Gaji dan pengenalan kepada Model Bisnes Internet Affiliate dan juga Model Bisnes Internet Produk Digital. Anda pasti akan teruja untuk mengetahui kekuatan model-model bisnes internet ini berbanding model bisnes internet lain.

 

 

 

Bab #3 - Strategi Pantas Usahawan Makan Gaji

Di dalam bab ini, saya akan bongkarkan model bisnes internet pertama untuk mencapai kejayaan sebagai seorang Usahawan Makan Gaji. Saya tidak mahu dedahkan terlalu banyak di sini. Apa yang penting, ia merupakan model bisnes internet paling pantas untuk menjana keuntungan pertama anda melalui internet. Anda boleh terus menjana keuntungan pada HARI INI!

 

 

 

Bab #4 - Strategi Jutawan Usahawan Makan Gaji

Bab ini akan membongkar strategi utama bagaimana seorang Usahawan Makan Gaji boleh menjana pendapatan 4 - 5 Angka sebulan secara KONSISTEN iaitu dengan menggunakan kekuatan strategi ini. Sama seperti sebelum ini, saya tidak mahu dedahkan terbanyak maklumat di sini. Cukuplah untuk saya katakan bahawa strategi ini digunakan oleh SEMUA Jutawan Internet di dalam dan luar negara!

 

 

 

Bab #5 - Kuasa Autoresponder

Di sini anda akan mempelajari kuasa sebenar di dalam menempatkan diri anda sebagai seorang Usahawan Internet yang hebat di dalam dunia bisnes internet. Anda akan mengetahui dan mempelajari Kuasa Autoresponder di dalam membantu anda untuk mengembangkan dan membina empayar bisnes internet anda untuk jangkamasa panjang. Inilah rahsia bagaimana seseorang Usahawan Internet mampu menjana ribuan Ringgit dalam masa hanya beberapa jam!

 

 

 

Bab #6 - Strategi Advan

Di sini saya akan dedahkan strategi-strategi Advan yang boleh anda aplikasikan setelah mempelajari Strategi Pantas Usahawan Makan Gaji dan juga Strategi Jutawan Usahawan Makan Gaji. Strategi-strategi Advan ini akan mampu membantu anda menjana wang lumayan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini!

 

 

 

Bab #7 - Pengurusan Masa Usahawan Makan Gaji

Di dalam bab ini, saya akan dedahkan rahsia pengurusan masa yang optimum untuk seseorang yang masih berkerja sepenuh masa tetapi ingin menjana pendapatan tambahan melalui internet. Ia akan membongkar rahsia pengurusan masa saya sehingga mampu menjana 4 - 5 angka sebulan walaupun masih berkerja sepenuh masa!

 

 

 

Bab #8 - Tip Kejayaan Usahawan Makan Gaji

Di dalam bab ini, saya akan kongsikan dengan anda beberapa tip penting yang perlu anda tahu sebagai seorang pekerja sepenuh masa yang ingin menjana wang tambahan melalui internet. Saya berani menjamin yang tidak ada orang lain yang berkongsi tip-tip seperti ini di Malaysia!

 

 

 

Bab #9 - Tindakan Kejayaan Usahawan Makan Gaji

Di sini saya akan rumuskan keseluruhan bab yang telah saya rangkumi di dalam buku Usahawan Makan Gaji. Saya akan fokuskan kepada apa yang perlu anda lakukan sebaik sahaja tamat membaca keseluruhan buku ini. Saya akan berikan anda tindakan pantas seterusnya untuk mencapai kejayaan!

 

 

Apa yang boleh saya katakan di sini adalah anda WAJIB mengetahui setiap perkara yang saya kongsikan di dalam buku ini jika ingin menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan sebagai seorang pekerja sepenuh masa.

Belum pernah ada pendedahan langkah-demi-langkah seperti ini lagi di Malaysia!

Sudah tiba masanya untuk anda mencapai segala impian kewangan anda...

 

Saya Mahu Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

 

 

TESTIMONIAL

Pada mulanya saya terfikir-fikir, apa bendanya buku Usahawan Makan Gaji ni? Macam sesuatu yang tak logik. Boleh ke jadi usahawan sambil makan gaji?

Namun setelah saya memiliki dan meneliti sendiri, baru saya faham. Ia merupakan penyelesaian untuk anda yang mahu terus kekal makan gaji sambil menjadi usahawan.

Buku ini perlu dimiliki oleh anda yang tidak mahu mengorbankan kerjaya sedia ada. Yelah, bukannya senang nak dapat kerja sekarang ni. Dan bukan semua orang mampu menjadi usahawan sepenuh masa. Buatnya bisnes yang diusahakan tak menjadi, macam mana?

Mungkin juga kerja makan gaji anda adalah kerjaya yang anda impikan selama ini. Adalah lebih baik anda kekalkan kerjaya impian anda dan pada masa yang sama, bergelar usahawan!

 

Umar Taib
Usahawan Internet
www.Umarvellous.com

 

 

 

TESTIMONIAL

Saya telah lama mengenali saudara Eruwan Gerry, di mana ketika itu saya masih lagi bekerja makan gaji. Walaupun sekarang saya telah pun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa, saya juga seperti ramai orang, bermula menjana pendapatan sampingan sewaktu bekerja makan gaji.

Saya boleh beri jaminan kepada anda, apa yang saudara Eruwan Gerry ingin kongsikan kepada anda ini adalah pengalaman sebenar beliau sebagai seorang yang bekerja makan gaji bertahun-tahun namun masih lagi mampu menghasilkan pendapatan lumayan hasil berkecimpung sebagai usahawan makan gaji.

Anda perlu dapatkan panduan ini sekarang kerana ia pasti dapat membantu anda membina pendapatan kedua tanpa perlu berhenti kerja.

 

Noorizam Shah
Pakar Pemasaran eBay
www.SertaiSeminar.com

 

 

 

Inilah Jaminan Saya!


Berdasarkan potensi keuntungan yang bakal anda peroleh dengan mengetahui rahsia-rahsia kejayaan saya sebagai seseorang yang mampu menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan melalui internet walaupun masih berkerja sepenuh masa, sudah pasti anda dapat melihat yang ianya merupakan satu pakej yang amat bernilai.

Dengan maklumat yang akan saya kongsikan kepada anda, dengan mudah buku ini boleh bernilai RM1,000!

Tetapi saya tahu yang tidak ramai mampu membayar harga tersebut...

Oleh kerana itu, anda boleh memperolehi buku hebat ini pada satu harga tawaran yang amat menarik.

Anda hanya perlu membayar RM1,000 RM500 RM100 RM39.90 untuk Buku Usahawan Makan Gaji!

Saya amat yakin akan keberkesanan buku ini, dan sebagai membuktikan kata-kata saya, inilah jaminan saya kepada anda:

         
         
    Sekiranya anda tidak berpuashati dengan segala rahsia yang telah diberikan di dalam buku tersebut, anda boleh memulangkannya kepada pihak penerbit dalam masa 2 minggu selepas pembelian dan wang anda akan dikembalikan tanpa sebarang soalan.    
         
 

Sekiranya anda tidak bersetuju segala strategi dan rahsia yang telah diberikan di dalam buku tersebut akan memberikan keuntungan berpuluh ribu ringgit kepada anda pada masa yang akan datang, atau anda berubah fikiran di atas sebarang sebab-sebab lain...

Boleh jadi disebabkan anda merasakan maklumat yang diberikan tidak setimpal dengan nilainya, atau anda tidak menyukai kertas yang digunakan untuk mencetaknya...

... anda boleh memulangkannya kepada pihak penerbit pada bila-bila masa dalam jangkamasa 2 minggu selepas pembelian dan wang anda akan dikembalikan.

 

Saya Mahu Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

 

 

TESTIMONIAL

"TERBAIK"

Ini ungkapan yang paling tepat untuk buku ini!

Penerangan detail, super mudah untuk diikut, kerana penerangan jelas, tak meleret-leret dan PRAKTIKAL!

Apa yang Tuan Eruwan tunjukkan dalam panduan ni, saya sendiri dah buat, dan terbukti boleh memberikan income yang lumayan.

Paling best, tak perlu berhenti kerja! Memang tepat seperti nama produk ni, Usahawan Makan Gaji.

Gaji masyuk, income sampingan pun LAGIIII masyuk.

Recommended!

 

Raja Kamil
Usahawan Internet
www.RajaKamil.biz

 

 

 

Cuba fikirkan semula apa yang sedang saya tawarkan kepada anda di sini...

 

 

Jika anda boleh mencapai pendapatan tambahan
4 - 5 angka sebulan melalui internet walaupun masih
berkerja makan gaji sepenuh masa...
Adakah anda akan mempelajari rahsianya?



Saya tahu ia merupakan satu soalan mudah. Tetapi jangan hairan masih ada orang yang terlalu takut untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun pada hakikatnya ianya mampu memberikan satu peluang yang amat-amat mereka perlukan.

Tidak ada sebarang gimik di sini...

Apa yang saya berikan kepada anda di sini adalah kebenaran...

Anda perlu membuat keputusan sama anda ingin memilih jalan perlahan untuk mencapai segala impian kewangan anda atau memilih jalan pantas untuk mencapai impian kewangan yang anda idam-idamkan selama ini. Anda perlu melaburkan sedikit wang anda untuk membolehkan buku saya membantu anda.

Secara ringkasnya, inilah buku yang akan anda perolehi:

 

Buku Usahawan Makan Gaji

 


 

 

TESTIMONIAL

Ramai yang tersilap menyatakan bahawa jika ingin berniaga kena berhenti kerja.

Sebenarnya berniaga bukanlah kena berhenti kerja tetapi bagaimana kita boleh memilih perniagaan yang mampu memberikan kita pendapatan secara tetap walaupun kita masih bekerja makan gaji.

Dalam buku Usahawan Makan Gaji ini ada dinyatakan apakah jenis perniagaan tersebut. Jika anda ingin tahu anda kena baca sendirilah.

 

Zahrul Azua Kamaludin
Usahawan Internet & Copywriter Team Pemikat
www.SuratJualan.com

 

 

 

Dapatkan Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

 

Saya faham perasaan anda. Anda mahukan sesuatu yang dapat memudahkan perjalanan anda untuk mencapai kejayaan di dalam dunia perniagaan internet walaupun masih berkerja makan gaji dan seterusnya mencapai segala impian kewangan anda.

Saya yakin yang saya boleh membantu anda tetapi andalah yang perlu mengambil langkah pertama...

Apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan Buku Usahawan Makan Gaji dan mengikuti kesemua rahsia yang telah saya berikan...

Dapatkannya dan kecapi kejayaan sekarang!

 

         
   

Ya! Saya mahukan Buku
Usahawan Makan Gaji Sekarang!


Saya faham yang ini merupakan satu peluang keemasan di dalam kehidupan saya. Oleh itu, saya ingin merebutnya!

Saya faham yang Buku Usahawan Makan Gaji ini akan mendedahkan potensi untuk menjana wang 4 - 5 Angka Sebulan melalui internet walaupun saya masih lagi bekerja sepenuh masa!

Buku hebat ini boleh saya perolehi pada harga hanya RM39.90 sahaja!

Saya juga faham yang buku ini disertakan bersama Jaminan Wang Dikembalikan 100% selama 2 minggu agar tidak ada sebarang risiko untuk saya mendapatkannya!

Sila klik:

Saya Mahu Buku Usahawan Makan Gaji SEKARANG!

(Nota: Anda akan dihantar ke laman web penerbit yang selamat untuk melengkapkan urusniaga.)

   
         
         

 

Tidak terdapat sebarang sebab mengapa anda tidak boleh menjadi seorang pekerja makan gaji yang berjaya...

Saya amat yakin yang anda boleh mencapai kejayaan yang hebat dengan menggunakan maklumat yang terkandung di dalam buku ini. Oleh itu, jangan berlengah lagi, dapatkannya sekarang!

Salam Kejayaan!

 

Gerry

ERUWAN GERRY NORSEN

 

P.S. Saya telah menjamin yang anda akan mendapati segala maklumat yang dikongsi di dalam Buku Usahawan Makan Gaji akan dapat membantu anda untuk menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan melalui internet walaupun masih berkerja makan gaji sepenuh masa. Anda akan mendapat pulangan beratus-ratus kali dengan pelaburan anda yang kecil ini! Ia merupakan satu pelaburan tanpa risiko memandangkan penerbit saya memberikan anda jaminan 100% wang dikembalikan selama 2 Minggu untuk menilai sepenuhnya maklumat yang telah saya berikan di dalam buku ini.

P.P.S. Sudah tentu anda mahukan keluar dari belenggu masalah kewangan anda dan seterusnya mencapai segala impian kewangan yang anda idam-idamkan selama ini. Buku Usahawan Makan Gaji boleh membantu membawa anda ke arah impian itu!

P.P.P.S. Ingat, saya tidak tahu berapa lama penerbit saya boleh menyimpan stok untuk buku ini. Sebaik sahaja ianya habis terjual, saya tidak tahu bila lagi cetakan semula akan dibuat. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mendapatkan Buku Usahawan Makan Gaji sekarang agar anda boleh memulakan perjalanan anda untuk mencapai kejayaan yang hakiki di dalam dunia bisnes internet sebagai seorang Usahawan Makan Gaji. Beli SEKARANG!

 

 

TESTIMONIAL

Tahniah Saudara Eruwan Gerry!

Saya terpanggil untuk memiliki buku "Usahawan Makan Gaji" (UMG) ini kerana saya juga salah seorang yang menjalankan perniaggan internet secara sambilan sejak tahun 2008.

Saudara Eruwan juga menjalankan perniagaan internet secara sambilan/separuh masa. Beliau mempunyai "2 gaji". Di dalam buku UMG ini Saudara Eruwan berkongsi pengalaman beliau sendiri menjana pendapatan di internet secara konsisten.

Saya pernah bertanya kepada Saudara Eruwan semasa WangCyber Gathering 2012 yang lalu. "Bro tak nak buat fulltime ke bisness internet ni?" Eruwan cakap "Buat apa nak berhenti kerja kalau kita boleh manage 2-2 nya sekali. Kita ada 2 pendapatan. 1 pendapatan tetap & 1 pendapatan pasif."

Ya! Di dalam buku UMG ini Saudara Eruwan menerangkan bagaimana mendapatkan pendapatan pasif seterusnya menjadi usahawan makan gaji.

Saya juga tidak terfikir untuk berhenti kerja kerana saya boleh menguruskan kedua-dua pekerjaan saya ini. Panduan di dalam UMG ini banyak membantu jika anda ingin menjadi Usahawan Makan Gaji.

Tidak dinafikan dengan hanya bekerja 2-4 jam sehari secara sambilan anda mampu meraih pendapatan lumayan jika anda tahu rahsianya. Di dalam buku UMG ini Saudara Eruwan menerangkan secara terperinci panduan untuk menjadi seorang usahawan internet dan juga seorang pekerja makan gaji.

Bayangkan anda mempunyai 2 pendapatan dengan hanya menjalankan perniagaan internet secara sambilan. Bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia bagaimana memiliki "2 gaji" buku UMG ini amat sesuai untuk anda.

Terima Kasih Eruwan Gerry kerana mendedahkan rahsia "2 gaji"

 

Saifulnizam Mokhtar
Pakar Rempit eBay
www.v2.RempitEbay.com

 

 

 

TESTIMONIAL

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kerana diberikan peluang untuk mencuba sendiri buku Usahawan Makan Gaji.

Bagi mereka yang masih bekerja dan masih tercari-cari duit sampingan melalui internet, maka tidak ada alasan lagi untuk anda tidak mulakan sekarang.

Ini kerana, dengan buku Usahawan Makan Gaji, anda bakal didedahkan dengan satu model bisnes yang boleh memberikan anda hasil yang pantas!

Dengan panduan langkah demi langkah yang jelas dan praktikal, tak mustahil untuk anda menjana 4-5 angka selepas memiliki buku Usahawan Makan Gaji.

Pengalaman Saudara Eruwan Gerry selama 10 tahun dalam bisnes internet, kini menjadi 'Short Cut' untuk anda tiru dan berjaya dalam perniagaan Internet.

Terima Kasih & tahniah Eruwan Gerry atas buku yang berkualiti ini.

 

Aizad Aken
Usahawan Internet
www.AizadAken.com

 

 

 

TESTIMONIAL

Rahsia Usahawan Makan Gaji Terbongkar - Tiada lagi Alasan untuk tidak berjaya!

Ya betul. Tiada lagi alasan untuk anda tidak menceburi bidang usahawan walaupun anda sedang makan gaji.

Buku yang jelas, langkah demi langkah yang berkesan ditunjukkan dan saya percaya pakej panduan ini sangat sesuai untuk dijadikan kit permulaan bisnes untuk anda.

Apa yang paling penting ialah "take action".

 

Safwan Seth
Usahawan yang juga Makan Gaji
www.iFurqan.com

 

 

 

TESTIMONIAL

Saya telah baca buku UMG ini, dan apa yang terus saya boleh katakan ialah buku UMG ini sememangnya satu panduan praktikal bagi anda yang tiada pengalaman langsung dalam perniagaan Internet.

Ini kerana, ia amat newbie-friendly (Mesra orang baru) dengan penjelasan yang mudah, jelas dan sampai. Juga bermaksud 'How To' untuk menjalankan perniagaan Internet secara part time.

Apa yang menarik bagi saya ialah, pengalaman sebenar dari Eruwan sendiri yang merupakan usahawan yang bekerja sendiri, dari segi perlaksanaan, pengurusan masa dan pembuatan produk serta promosi yang hanya dilakukan secara sambilan sahaja.

Siapa kata nak jadi usahawan perlu berhenti kerja?

 

Gero Azrul
Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia
www.PUIM.my

 

 

 

 

Earnings Disclaimer


EVERY EFFORT HAS BEEN MADE TO ACCURATELY REPRESENT THIS PRODUCT AND IT'S POTENTIAL. EVEN THOUGH THIS INDUSTRY IS ONE OF THE FEW WHERE ONE CAN WRITE THEIR OWN CHECK IN TERMS OF EARNINGS, THERE IS NO GUARANTEE THAT YOU WILL EARN ANY MONEY USING THE TECHNIQUES AND IDEAS IN THESE MATERIALS. EXAMPLES IN THESE MATERIALS ARE NOT TO BE INTERPRETED AS A PROMISE OR GUARANTEE OF EARNINGS. EARNING POTENTIAL IS ENTIRELY DEPENDENT ON THE PERSON USING OUR PRODUCT, IDEAS AND TECHNIQUES. WE DO NOT PURPORT THIS AS A “GET RICH SCHEME.”

ANY CLAIMS MADE OF ACTUAL EARNINGS OR EXAMPLES OF ACTUAL RESULTS CAN BE VERIFIED UPON REQUEST. YOUR LEVEL OF SUCCESS IN ATTAINING THE RESULTS CLAIMED IN OUR MATERIALS DEPENDS ON THE TIME YOU DEVOTE TO THE PROGRAM, IDEAS AND TECHNIQUES MENTIONED, YOUR FINANCES, KNOWLEDGE AND VARIOUS SKILLS. SINCE THESE FACTORS DIFFER ACCORDING TO INDIVIDUALS, WE CANNOT GUARANTEE YOUR SUCCESS OR INCOME LEVEL. NOR ARE WE RESPONSIBLE FOR ANY OF YOUR ACTIONS.

MATERIALS IN OUR PRODUCT AND OUR WEBSITE MAY CONTAIN INFORMATION THAT INCLUDES OR IS BASED UPON FORWARD-LOOKING STATEMENTS WITHIN THE MEANING OF THE SECURITIES LITIGATION REFORM ACT OF 1995. FORWARD-LOOKING STATEMENTS GIVE OUR EXPECTATIONS OR FORECASTS OF FUTURE EVENTS. YOU CAN IDENTIFY THESE STATEMENTS BY THE FACT THAT THEY DO NOT RELATE STRICTLY TO HISTORICAL OR CURRENT FACTS. THEY USE WORDS SUCH AS “ANTICIPATE,” “ESTIMATE,” “EXPECT,” “PROJECT,” “INTEND,” “PLAN,” “BELIEVE,” AND OTHER WORDS AND TERMS OF SIMILAR MEANING IN CONNECTION WITH A DESCRIPTION OF POTENTIAL EARNINGS OR FINANCIAL PERFORMANCE.

ANY AND ALL FORWARD LOOKING STATEMENTS HERE OR ON ANY OF OUR SALES MATERIAL ARE INTENDED TO EXPRESS OUR OPINION OF EARNINGS POTENTIAL. MANY FACTORS WILL BE IMPORTANT IN DETERMINING YOUR ACTUAL RESULTS AND NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE RESULTS SIMILAR TO OURS OR ANYBODY ELSES, IN FACT NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE ANY RESULTS FROM OUR IDEAS AND TECHNIQUES IN OUR MATERIAL.